
Ada Tipu ke atau Terlalu Bagus untuk Jadi Kenyataan?
Soalan Lazim (FAQ)
S1: Betul ke kursus Diploma Antarabangsa UK ini yuran serendah RM3,000 sahaja?
J: Ya, melalui program unik Learn and Earn Apprenticeship Program (LEAP) ini, pelajar VTCA boleh
belajar secara profesional sambil menjalani perantisan dengan syarikat F&B yang berhasrat untuk
membimbing bakat tempatan. Yuran bulanan seterusnya akan ditanggung oleh pihak industri
termasuk elaun, makanan semasa bertugas dan penginapan.
S2: Betul ke pelajar akan belajar kemahiran kulinari yang kukuh, atau hanya dijadikan buruh
kasar?
J: VTCA bekerjasama dengan industri F&B yang berkongsi matlamat untuk membimbing bakat
tempatan secara jangka panjang. Oleh itu, VTCA memastikan semua industri yang terlibat mematuhi
piawaian yang telah ditetapkan dalam MOU rasmi — dan ibu bapa pun akan dapat salinan MOU ini.
Selepas tamat program LEAP ini, pelajar VTCA bukan sahaja memiliki sijil Diploma Antarabangsa,
tetapi juga mahir dalam kemahiran kulinari. Kecuali jika pelajar sendiri memilih untuk fokus kepada
sektor lain seperti pastri, bakeri atau operasi servis sebagai pengurus outlet dan sebagainya. Pelajar
boleh nyatakan minat mereka sepanjang proses pembelajaran ini.
S3: Bukan ke program ini ditaja sepenuhnya? Kenapa masih ada bayaran dari industri ke
VTCA?
J: VTCA menyediakan kursus Diploma Antarabangsa UK dengan kerjasama industri yang komited
untuk membimbing bakat tempatan melalui program unik LEAP VTCA.
Pihak industri berminat kerana mereka yakin VTCA mampu mendidik pelajar dengan sikap yang baik.
Ini penting kerana industri juga bimbang dengan masalah remaja masa kini yang kurang serius,
malas dan sebagainya.
VTCA turut menyediakan dua sistem komunikasi berkesan berikut:
VIAC – VTCA Industries Apprenticeship Coordination system untuk berhubung dengan pihak
pengurusan industri seperti HR dan majikan.
VSAC – VTCA Students Apprenticeship Communications system untuk berhubung dengan pelajar
dan ibu bapa bagi memastikan kesejahteraan pembelajaran secara menyeluruh.
S4: Betul ke sijil ini boleh dibeli tanpa belajar langsung?
J: Tak boleh! Tak boleh! Tak boleh! Kursus Diploma Antarabangsa UK ini mempunyai silibus dan
sistem pemantauan standard yang diselia oleh EQA UK. Kursus ini merangkumi dua komponen
utama:
Praktikal – 80%
Teori – 20%
Biasanya pelajar yang mengikuti tunjuk ajar daripada Chef Pensyarah akan lulus dengan kadar tinggi
— kecuali mereka yang tidak berminat, tidak hadir kelas, atau tidak menyiapkan portfolio.
Sekiranya gagal dalam peperiksaan teori, pelajar boleh mengulang semula dengan bayaran yang
rendah.
Hubungi & Maklum Balas
S: Bagaimana saya boleh memberi maklum balas atau bertanya soalan lanjut?
J: Sila WhatsApp ke nombor 018-9164808 untuk sebarang pertanyaan lanjut dan dapatkan maklumat
demi manfaat anda sendiri.